rss

Saturday, August 8, 2009

GRAFIK BERANIMASI RINGKAS

GRAFIK BERANIMASI RINGKAS,korang pernah mengirimkan ucapan pada sahabat korang melalui add comment dekat friendster,frofile miak sarawak,my space atau apa sahaja laman rangkaian sosial yang lain ?,atau anda juga pernah melihat header sebuah laman blog yang beranimasi ?,ataupun iklan produk yang beranimasi pada sebuah laman blog dan laman web ?..ada orang cakap pembuatan animasi sebegini agak susah,memanglah susah bagi orang yang malas dan tak berminat,dan ianya agak senang bagi orang yang rajin dan berminat nak buat tetapi membuatnya mungkin memakan masa jika komputer korang tak cukup laju,dan pembuatannya mengambil sedikit masa jika komputer korang memang power...
ok disini aku nak pamerkan grafik beranimasi ringkas yang aku buat sendiri,ianya simple saja aku buat,maklumlah komputer aku nie tak cukup laju sangat,tapi ada kelajuan nya juga lah heheheh

ok ini dia grafik beranimasi ringkas yang aku buat.............

Untuk header laman web atau blog :

header ni aku buat dengan 120 -170 frame seingat aku lah jumlah frame dia,tapi ok juga lah sebab aku kira berpuas hatilah dengan hasil seni dari tangan aku sendiri


Untuk logo dan nama :

Logo dan nama ni pun sama juga,aku buat dengan 120-170 frame macam tu


Untuk comment,emel atau ucapan:


Untuk comment email dan ucapan ni,aku buat lebih kurang macam tu lah juga,kira-kira 120-170 frame macam tu

untuk pengetahuan korang,buat benda ni
aku tak belajar dari seiapa,aku hanya belajar sendiri,explore sendiri dan eksprimen sendiri..nak belajar dari orang yang pandai buat ..huh..orang yang pandai buat..kedekut ilmu..taik hidung masin betul..hehehhe tapi walau apa yang aku buat ni taklah cantik,tetapi aku puas,sebab aku dapat merasa apa yang orang lain buat,dapat rasa bagaimana susahnya nak buat....

lupa pulak kalau nak save benda ni yang kita dah siap buat kita hendaklah save dalam bentuk format GIF..korang semua dah tahu kan..? aku just kongsikan ajer......


Friday, August 7, 2009

AZNIL HJ NAWAWI : PENGACARA LAGENDA

Aznil haji nawawi seluruh rakyat malaysia kenal dia,apa sahaja program tv yang dia kendalikan atau terbitkan pasti program itu akan mendapat rating paling tinggi,besar sungguh pengaruh beliau sebagai pengacara nombor satu di negara ini,terus terang saya katakan setiap program yang tv yang beliau kendalikan atau terbitkan kalau kita tonton berulang kali pun memang tak bosan,macam kita menonton filem arahan Tan sri p ramlee lah juga,ada korang bosan ? tidak kan ? macam, tu lah juga dengan Aznil haji nawawi pasti setiap program yang dikendalikan akan meletup,entah apakah rahsia Uncle berusia lebih 40 tahun ni dapat mengendali setiap program tv dengan begitu kreatif dan sempurna sekali
ok cuba korang bayangkan apa akan jadi sekiranya
Aznil haji nawawi tiada lagi didunia ini ?
kita berdoalah agar beliau dipanjangkan umur dan dimurahkan lagi rezeki,tapi bagi aku, aku boleh bayangkan apa akan berlaku kalau Uncle awet muda kita ni tiada lagi di dunia ini,dengan kuasa veto aku sebagai pemilik blog ni,aku senaraikan apa yang aku bayangkan kalau
Aznil haji nawawi tiada lagi di dunia ini.......

Aznil dan anak-anak nya ( sumber: www.rindok.com)

Senarai apa yang aku bayangkan......



  • Semua kanak-kanak diseluruh malaysia yang beusia 6-12 tahun akan berkumpul dengan membawa banner bertulis "Uncle Aznil Kamu Tidak Bersendirian"
  • Akan ada pertandingan tiru gayaAznil
  • Akanmuncul pengacara yang suka meraih publisiti murahan dengan meniru perwatakan macam Aznil tapi tidak menjadi
  • Klon-klon aznil akan muncul

itu saja list yang dapat aku letak,tetapi korang harus juga ingat,
Aznil juga pernah mengharumkan nama negara diperingkat asia,apabila program bual bicaranya iaitu Macam-Macam Aznil mendapat pengiktirafan sebagai program bual bicara terbaik di asia,ini bermakna beliau adalah diantara pengacara terbaik di asia,mana tak mungkin,sudah terbukti,tak semestinya beliau mendapat anugerah pengacara terbaik asia baru kita nak angkat beliau sebagai antara pengacara terbaik asia, pengiktirafan terhadap program bual Macam-Macam Aznil ini diperingkat asia, memang sudah terbukti bahawa Aznil haji nawawi adalah diantara pengacara tv terbaik di asia ,cuba korang bayangkan kalau program tu diacarakan oleh orang lain..dapat ker ? cuba korang bayang-bayang kanlah.
sekian............

Thursday, August 6, 2009

BLOG LAZER : AZWAN ALI MEMANG BERANI

BLOG SI LAZER AZWAN ALI tentu semua rakyat malaysia tahu blog nie....rangking nya pun tinggi,tapi aku memang tak faham apakah bendanya yang ditulis didalam blog nie,memang pedas lah juga apa yang dia cakap,yang aku tak faham yang dia tulis adalah bahasa yang dia tulis tak ada budi bahasa lansung,bahasa yang agak kesat di pergunakan entah lah juga,kementerian penerangan tak ambik kisah pun pasal bahasa yang dipergunakan,macam tak peduli aje,kalau artis lain buat lirik lagu yang bahasanya macam tak kena sikit pasti kena gam,tapi blog ni mungkin lain kot,media bebas apa yang nak ambik peduli sangat kan,tapi azwan ali ni aku heran juga dengan apa yang dia cakap dalam blog tu dia tulis kat dalam blog dia tu dia punya blog,dia punya sukalah nak tulis apa pun,tapi azwan harus ingat,yang dia juga pakai sumber free,bukan keluar duit pun bayar domain dan hosting tu,kalau dia guna hosting free blogspot dan beli domain sendiri tak kisah lah juga tapi,dia cakap macam tu seolah-olah dia bayar bulanan pulak..chewah..tapi aku respek juga dekat azwan ali ni berani, dia seolah macam tak takut dengan sesapa,ni buat aku pun makin berani nak bersuara jugak ni.........tapi memang hebat blog dia, follower blog dia saja dah mencecah 769 0rang..

Gambar : Follower blog azwan ali mencecah 769 orang...

wauuuu tabik spring.....aku kat dia nie...hebat eh...yang heran mengapa publisher iklan tak nak letak iklan kat laman blog azwan ali,boleh lah bagi azwan ali duit poket,hasil menulis blog,heran kan..?,,tapi walau macam manapun tak ada budi bahasanya bahasa yang dia guna umtuk menulis blog,aku respek dengan keberanian dia,aku berikan dia
anugerah blogger artis paling berani kat malaysia Gambar : Azwan ali memang berani......

Walaupun persembahan dia jadi host taklah sehebat mana,malah aku boring tengok,rasa nak muntah pun juga ada tengok aksi
gedik dia,tapi aku amat memuji dia dalam bidang blogging,harap-harap ada pihak yang bermurah hati bagi sponser hosting dan domain pada azwan ali untuk buat blogging.........tak lah jatuh standard dia pakai sumber percuma macam kita orang nie.....hahahahah

Header sebuah laman blog

korang tahu tak selain domain name,dan isi blog ada satu juga yang penting dalam membina identiti laman blog korang adalah header
Selama ini ada yang paling menyampah aku dengar berkaitan header sebuah laman blog,ada diorang cakap kod script html dia kacang aje,apalah inilah macam-macam lah,korang nak tahu,sebenarnya korang tak perlu pengetahuan html pasal blog ni,paling kacang dari html pun ada,korang boleh gunakan perisian graphic,seperti photoshop,ilustrator dan macam-macam lagi,lagi best kalau korang ada pengetahuan graphic macam aku..heheheeh,semua bloger ada pengetahuan graphic kan..? lagi ok,sebab ia penting bagi membina jenama korang,bila pelawat terbayang header kamu,dia akan terbayang isi blog tersebut..... Ini contoh header yang aku buat sendiri.......

Ada jenis orang cakap nak buat rekaan graphic header ni susah betul kalau guna photoshop,bagi aku senanglah kalau guna photoshop, ok kalau guna photoshop susah,cuba korang ingat apa yang cikgu pendidikan seni masa korang sekolah rendah suruh buat pada majalah,kertas surat khabar,gunting,gam dan kertas putih masa korang masih kat sekolah rendah..tentu dia suruh potong gambar dalam majalah dan tampal pada kertas putih dengan gam kan..? senang tak kerja tu ? macam tu juga perihal nya dengan photoshop,konsep yang sama,tapi lebih berteknologi tinggi,korang boleh beli e-book kat internet berkaitan tentang penggunaan photoshop,atau korang boleh join laman forum, PUTERA.COM,TANYA SIFU dan bermacam-macam lagi forum kendalian rakyat tempatan,korang boleh juga melabur duit beli buku dekat kedai,untuk belajar lebih lagi...

ok korang nak tahu korang nak save dalam format apa ? header korang yang sudah siap itu nanti ? bagi aku format yang paling best bagi aku lah,aku senaraikan dekat bawah nie..ok

Antara format yang paling best sekali untuk upload header korang pada blogspot atau mana-mana hosting yang lain

  • format .jpeg,jpg ( ini format biasa ni)
  • format .png ( aku suka format nie,header jelas dekat blogspot theme)
  • format.gif ( sesapa nak buat header yang ada animation leh guna format nie)

lepas buat tu korang boleh upload dekat photobucket.....
dan lepas upload korang akan dapat dia punya code..untuk korang letakkan pada edit html nanti. kalau tak nak guna photobucket,korang boleh juga upload dekat header dengan klik butang layout pada blogspot dashboard dan seterusnya klik butang page element dan pergi ke bahagian header pada layout blog anda dan klik edit dan seterusnya akan keluar tetingkap pop up dan dekat tetingkap pop up tu korang boleh upload melalui pc korang punya header yang korang buat tadi tu

Minggu nie aku tak ada idea sangat nak tulis apa kat blog nie...tapi insyaallah ada masa nya nanti aku akan ada tips-tips untuk lain-lain label

Monday, August 3, 2009

Request aku di google adsense ditolak

Entah mengapa entah,apa kejadah nya,request aku kat google adsense kena tolak,hari tu aku buat blog lawak gila,oleh kerana nak bodek pihak managment google adsense maka aku transfer je semua artikel aku dalam bi,last-last kena tolak juga,adus,tapi tak apa,korang tolak, tolak lah tak semesti nya tanpa google adsense,aku tak boleh berjaya dalam internet marketing kan,aku plan nak request nuftang,tapi yang problem aku tengok,laman nuftang asyik down aje..tapi..insyaallah aku plan nak cuba juga,hari tu aku ada register click bank tapi belum jalan lagi sebab line broadband kat kampung aku masih slow,biasalah masih guna gprs untuk broadaband,mintak-mintak,pihak celcom,cepat-cepat pasang antena 3g kat sana,ada laju sikit..hahhahh..

Sunday, August 2, 2009

BEST OF FREE DOMAIN WWW.TK DAN WWW.CO.CC




Aku memang suka tengok stail,.tk punya domain simple aje dia punya domain name pun pendek,tapi yang tak best nye,dia tak boleh di search kat search engine...so,tak tahu pulak nak buat macam mana,kalau domain co.cc free sekali dengan pengurusan DNS ,tapi .tk ni kalau nak guna pengurusan DNS,kena bayar pulak..hem...tapi apa-apa pun aku memang respek spring lah dekat kedua domain name free ini ,tapi jangan ingat free tu senang,korang banyak kerja nak setting kan dia nanti sebelum korang boleh gunakan,macam korang beli domain name .com,berasingan dengan hosting dia,domain dot com korang beli dari kompeni lain,hosting pulak dari kompeni lain,tapi walau apa-apa pun memang aku tabik spring lah.tahap batu loncatan pula,ok sini ada aku letak url dua laman forum aku yang domain nya aku gunakan adalah .tk,so sesiapa yang nak tengok boleh lah klik dua link ini http://www.graphicdesigner2.tk/ dan http://www.forumlawak2.tk/